1.11 Ikhlas Dalam Beramal Akan Menewaskan Iblis

   
1.11 Ikhlas Dalam Beramal Akan Menewaskan Iblis

1.11 Ikhlas Dalam Beramal Akan Menewaskan Iblis

 


Kitab : Al-Jawahiratul Makhfiyyah

Judul : Ikhlas Dalam Beramal Akan Menewaskan Iblis

Disusun oleh : Mohammad Amri Yusof     

Ditulis oleh : Sallehudin Bin Sufi

Dikarang oleh : Ahmad Fahmi Hadiid Syams Al Makhfy


Ketika nafsu mengejar harta dunia, Iblis akan menguasai akal dan hati manusia serta mengendalikan nafsu syahwat manusia kepada lawan jenisnya. Hingga manusia akan buta tuli dan bisu terhadap kebenaran, mahkota kesombongan akan diselitkan Iblis di atas kepala manusia hingga terbenam ke dalam akalnya. Pada akhirnya manusia binasa sebelum binasa. Jurang kehancuran dan kehinaan terbentang di hadapan manusia, yang Iblis sangat menginginkan manusia-manusia ini menemaninya dalam pedihnya azab Neraka. Keikhlasan dan ilmu yang benar dalam beramal saleh, akan menundukan dunia dan iblis.


Salah satu godaan syaitan yang telah masuk ke dalam dada seorang manusia adalah ketika ia merasa sukar menerima nasihat, mudah melupakan kebaikan, dan meremehkan persahabatan. Iblis akan memutuskan silaturahim dalam keadaan yang buruk. "Dan ketika orang-orang yang bertaqwa dan beramal saleh (yang memelihara ketaqwaan dan imannya) melintas di hadapan para zuriyat iblis, iblis berkata :"Celakalah aku, celakalah aku wahai Tuhanku, mereka adalah milikMu  Dan bahagianMu selama di dunia ini, aku berlepas diri terhadap mereka, hingga tiba masanya mereka ini menghadapi sakaratul maut. Pada waktu itu aku sendiri yang akan datang kepada mereka, supaya mereka tergoda dengan tipuan "Air sejuk dalam bejana perakku ini". 


Sakaratul maut merupakan pintu terakhir iblis dalam menjerumuskan manusia ke neraka. Diriwayatkan bahwa sakaratul maut yang dihadapi manusia bagaikan terhunjam ratusan pedang, bagaikan terhimpit di tengah batu karang di tepi samudera, rasa dahaga yang sangat kuat di kerongkongan. Bayangan keindahan dunia yang dimiliki manusia itu terpampang jelas di pandangan mata. Hanya orang-orang zuhud dan ikhlas, yang lisan serta hatinya selalu menyebut nama Allah dengan ihsanlah yang mampu menghadapi sakaratul maut dengan kematian yang baik (husnul khatimah).


Do'a inilah yang harus kita perbanyak selama Allah SWT memberikan kita umur dan kesempatan bertaubat:


Allahummaghfir lanaa dzunuubanaa ya Ghofurun Haliim, Aghitsnii yaa Ghiyasal mustaghiitsiin.

Allahummakhtim Lana bil imaan, wakhtim lanaa bil ihsaan, wakhtim lanaa bi husnil khaatimah, walaantakhtimlanaa bi su'il khaatimah, wakhtim lanaa bi qouli "Laa ilaha illalllah", wa na'udzubika minassyaithoonir rojiim fisakarotil maut bi rohmatika Ya Allah. 


Kembalikan saja kepada Allah dan kepada para waliyullah. Hanya merekalah yang mempunyai ihsan dan tawadu’nya menyimpan rahasia Allah untuk dirinya. Sebenarnya di setiap negara Islam dan majoriti muslim ada waliyyullah. Namun keberadaan para waliyullah ini bagaikan sebutir berlian diantara jutaan pecahan kaca.


Semoga para Waliyullah ini mampu menyampaikan tentang "Khabar" yang mereka dapati agar para pemimpin di Tanah para Nabi boleh memutuskan satu perkara dan mencari solusi berdasarkan keinginan Allah SWT.


Apapun yang akan terjadi di sesebuah negeri, semua adalah disebabkan "Tangan dan Lisan" para pemimpin dan tokoh masyarakatnya yang bermasalah. Bencana yang akan datang adalah kerana Allah mengharapkan semua umat Islam mempersiapkan diri untuk menghadapi kehadiran Dajjal yang mempunyai kaki tangan, yang sudah merosakkan dunia.


Fahamilah, ada empat ruang dalam hati yang ada dalam diri manusia, dan fahamilah bahawa cinta yang terbaik dan sempurna ada dalam tiga bahagian di hati manusia:


  1. Cinta Allah.
  2. Cinta Rasulullah.
  3. Cinta kedua orang tua.


Penuhilah dan "jawablah" cinta ketiga-tiganya dengan tiga perbuatan ; Taqwa, Ihsan dan Ikhlas.


Terdapat satu tempat dalam hati manusia yang dengan takdir Allah, telah meletakkan rasa rindu yang tidak boleh ditafsir. Namun jika tidak menunaikan "hak" ketiga-tiga bahagian tadi, maka manusia itu akan mudah putus asa dan lemah.


Kerana bahagian hati yang tak bertafsir itu, adalah bahagian yang Allah persiapkan menjadi saksi indah dan luasnya syurga serta kasih sayang Allah ketika manusia kembali menghadap kepadaNya. Jika mati dalam keadaan kufur, maka bahagian itu akan mendapatkan kepedihan dan penderitaan yang amat terseksa jika masuk ke dalam azab akhirat.


Peliharalah hati dan penuhi ihsan (berbuat baik). Kerana mimpi tak akan pernah jadi kenyataan jika diri masih tetap dalam keadaan tertidur. Sahabat-sahabatku jamaah As-Syari'un yang dimuliakan Allah, bukan saatnya kita mempersoalkan cara saudara kita beribadah kepada Allah. Kerana kita sesama Ahlussunnah Wal Jama`ah memang banyak perbezaan dalam cara ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah. Dan memang di As-Syari'un, bukan tempatnya menilai orang lain dan berdebat hal yang tidak penting.


Firman Allah surah Ali Imran 133:


۞ وَسَارِعُوٓا۟ إِلَىٰ مَغْفِرَةٍۢ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا ٱلسَّمَـٰوَٰتُ وَٱلْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

Erti: Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.


Fitnah akhir zaman dan musibah akhir zaman sudah semakin dekat, bersegeralah kepada ampunan Allah. Perbaiki diri kita dengan akhlaqul karimah. Jaga ukhuwah dan rapatkan barisan, majukan negeri kita dengan budaya asli kita, budaya senyum dan gotong-royong serta kekalkan budaya "Malu".


Walaupun berbeza nama majlis dan pemimpinnya, berjanggut atau tidak, hitam kening atau tidak, pakai qunut atau tidak, berbusana asli Indonesia atau Arab, bukanlah perbezaan yang harus diperdebatkan. Namun yang wajib difahami adalah "memahami" kekurangan diri dan memahami hati saudaranya sendiri. Kerana yang akan membuat pintu Jannah terbuka untuk kita bukanlah pakaian dan soal cara ibadah, namun hati yang ihsan dan penuh kasih sayang yang akan membuka pintu rahmat Allah. Semoga kita termasuk ke dalam satu barisan kelak di hari perhitungan amal iaitu barisan yang berada di bawah Panji Rasulullah SAW yang mendapat syafaat Yang Mulia Nabi Muhammad SAW... Aamiin.


Mari kita lihat pesanan Abdul Jabbar, jin muslim Nusantara, keluarganya pernah hidup sezaman Rasulullah. Abdul Jabar bin Al-Abhar dari Ma'la berkata di malam itu :


"Semoga Allah menetapkan umat Nabi kita yang Mulia Muhammad SAW yang mencintai seluruh amirul mukminin menjadi umat yang mendapatkan keberkahan dan limpahan perlindungan Allah SWT.."


Tetaplah kamu dalam keyakinan iman dan ihsan setelah datang tanda dari Allah. Jauhi kemusyrikan menggunakan nama golongan kami dan berhala-berhala kecil. Sebagaimana aku dan kamu hanya mendapatkan perintah dari Allah melalui Al-Qur'an. Jangan sekali-kali mengingkarinya. Seberat apapun ujian yang menimpa umat Nabi Mulia Muhammad golongan kanan saat ini, Syurga Allahlah tempat kembali mereka yang mempunyai sikap ihsan dan sabar.


Sebanyak mana musibah yang Allah timpakan kepada kaum yang fasik lagi zalim, tempat kembali mereka adalah Neraka yang paling hina dan pedih. Jangan lepaskan Al-Qur’an dan tetaplah berpegang teguh kepadanya, kerana zaman kehancuran kaum yang melampaui batas akan segera tiba, namun akan didahului oleh ujian Allah atas kita umat Nabi Mulia Muhammad yang bercahaya..."


Ia merupakan tanda bencana yang besar menimpa kaum yang zalim. Semoga Allah mengampuni kita semua. Semoga Allah melindungi kita dari perkataan yang melampaui batas dan sombong. Kami memohon kepada Allah untuk kebaikan kita dan seluruh saudara-saudara kita di Tanah air tercinta.

Diperbarui
Tambahkan Komentar

Translate

Pengunjung